KAEDAH FIQH : KESUKARAN MENJADI SEBAB KEPADA KEMUDAHAN DAN KERINGANAN
JABATAN
JABATAN PELANCONGAN DAN HOSPITALITI
NAMA&KOD KURSUS
MPU23072 PELANCONGAN DAN HOSPITALITI DALAM ISLAM
NAMA PENSYARAH
ENCIK THOHIR
TAJUK TUGASAN
KESUKARAN MENJADI SEBAB KEPADA KEMUDAHAN DAN KERINGANAN
SESI : DISEMBER 2020(DUP2A)
NAMA AHLI KUMPULAN
NO
|
NAMA
|
NO MATRIK
|
1.
|
NURUL ZAIDATUL
SHAHIRAH BINTI ZAID JAUHARI
|
18DUP19F1009
|
2.
|
NUR FATIN SAHIRA
BINTI AFI ROSHIZAL
|
18DUP19F1010
|
3.
|
NUR IZWANA BINTI
KAMAL AFENDY
|
18DUP19F1002
|
4.
|
NURULAIN BINTI
KUSHAIRI
|
18DUP19F1016
|
PENGHARGAAN
Sekalung
penghargaan buat kedua ibu bapa kami yang memberi semangat dan dorongan untuk
menjayakan blog ini. Seterusnya, ucapan terima kasih juga saya hulurkan kepada
ahli kumpulan saya atas kerjasama dan komitmen yang diberikan sepanjang
menyiapkan blog ini. Akhir sekali, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih
kepada rakan-rakan sekelas kerana sudi memberi tunjuk ajar dan dorongan serta
berkongsi maklumat dan tidak lokek dalam menyalurkan pandangan dan maklumat
yang sepanjang kami menyiapkan penulisan blog ini.
PENDAHULUAN
Kesukaran
menjadi sebab kepada kemudahan dan keringanan bermaksud apabila berlaku sesuatu
kesulitan dan kesukaran dalam melaksanakan kewajipan yang diperintahkan oleh
Allah SWT, maka Islam memberi jalan keluar untuk mengatasi kesulitan yang
dihadapi. Jalan keluar tersebut adalah dengan memberikan beberapa kelonggaran
dalam melaksanakan kewajipan tertentu. Contohnya orang yang sakit dibenarkan
untuk solat dalam keadaan duduk sekiranya tidak mampu dia boleh berbaring.
Kesusahan ini juga menjelaskan kepada kita bahawa agama Islam itu membawa
konsep kemudahan terhadap umatnya dan memberi keringanan bukan kesusahan dan
kesempitan. Walaupun begitu, mestilah terlebih dahulu menentukan musyaqqah atau
kesusahan yang menjadi sebab keringanan.
1. BAHASA
- Ensiklopedia Fiqh: Mengetahui sesuatu dan
memahaminya dan mahir tentangnya. Kebiasaannya perkataan fiqh digunakan untuk
ilmu-ilmu keagamaan kerana kemuliaan ilmu ini.
- Muhammad Mustafa Shalabi: Al-Quran menggunakan perkataan fiqh untuk
memahami sesuatu perkara dengan mendalam.
2. MAKSUD
KAEDAH
- Apabila berlaku sesuatu kesulitan dan
kesukaran dalam melaksanakan kewajipan yang diperintahkan oleh Allah SWT ,
maka Islam memberi jalan keluar untuk mengatasi kesulitan yang
dihadapi
- Jalan keluar tersebut adalah dengan memberikan
beberapa kelonggaran dalam melaksanakan kewajipan tertentu . Contohnya
orang yang sakit dibenarkan untuk solat dalam keadaan duduk sekiranya
tidak mampu dia boleh berbaring .
Dalil dan sandaran
Sandaran daripada
Al-Quran
Firman Allah SWT
dalam surah Al-Baqarah :185
يُرِيدُ
اللَّهُ بِكُمْ الْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمْ الْعُسْرَ
Maksudnya : ( Dengan
ketetapan yang demikian itu ) Allah menghendaki kamu beroleh
kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran.
Firmannya lagi dalam
surah yang sama ayat : 286
Maksudnya : Allah
tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehNya .
Ayat-ayat di atas
menjadi bukti bahawa Allah SWT sama sekali tidak akan mewajibkan sesuatu yang
sukar untuk dilaksanakan oleh setiap hambaNya. Oleh itu jika berlaku kesukaran,
Islam akan memberi jalan keluar bagi mengelakkan kesukaran tersebut.
·
Sandaran daripada al-Sunnah
Daripada 'Aisyah katanya: Sesuatu yang diberi
kepada Rasulullah antara dua perkara kecuali ia memilihnya yang paling ringan
selagi tidak mendatangkan dosa.
Dalam satu riwayat lain baginda bersabda yang
bermaksud:
"Sekiranya tidak mendatangkan kesukaran
kepada umatku nescaya aku akan perintahkan mereka supaya bersiwak setiap kali
ingin mendirikan sembahyang"
3. PERBINCANGAN KAEDAH
3.1 SEBAB DIBERIKAN KERINGANAN:-
·
Orang melakukan
perjalanan melebihi dua marhalah walaupun dengan kaedah yang paling canggih
diberikan keringanan seperti solat jamak dan qasar .
·
Orang yang diuji dengan
sakit dibenarkan untuk bertayamum, dibenarkan solat dalam keadaan duduk
dibolehkan berubat dengan najis pada pandangann sebahagian ulama mazhab
Hanafi .
·
Orang yang dipaksa
melakukan sesuatu perbuatan tanpa kerelaanya tidak dianggap berdosa apabila dia
melakukan perbuatan dipaksa tersebut seperti minum arak, melafazkan kalimah
kufur (dengan syarat di hati beriman) , membunuh dan lain-lain.
·
Orang yang terlupa melakukan
sesuatu larangan dianggap tidak berdosa seperti makan, minum, melakukan
hubungan suami isteri dalam keadaan terlupa pada siang hari bulan ramadhan .
·
Jahil atau tidak
mengetahui sesuatu hukum juga diberikan kemaafan seperti baru memeluk islam .
·
Kesukaran yang terjadi
secara menyeluruh seperti mengkebumikan jenazah yang ramai dalam sebuah kubur
apabila ditimpa musibah tsunami dan gempa .
·
Akal yang tidak sempurna
kerana gila, kanak-kanak dan hamba .
3.2 BENTUK KERINGANAN SYARAK
3.2.1 Ulama
telah membahagikan bentuk keringanan kepada beberapa bahagian :
·
Keringanan dengan
menggugurkan kewajipan seperti tidak wajib menunaikan solat jumaat kerana sakit
dan tidak perlu qada' solat bagi perempuan yang didatangi haid dan nifas .
·
Keringanan dengan
meringkaskan ibadah seperti mengurangkan bilangan rakaat solat fardu daripada
empat kepada dua ketika bermusafir .
·
Keringanan dengan
menggantikan cara bersuci seperti menggantikan wuduk dan mandi dengan tayamum .
·
Keringanan dengan mendahulukan
solat fardu sebelum waktunya seperti pensyariatan solat jamak ta'khir .
·
Kelonggaran dalam
perkara-perkara tertentu seperti diberi maaf najis yang tidak dapat dilihat .
4. APLIKASI KAEDAH
1.
Seseorang yang melancong
ke sesuatu tempat dengan niat yang baik dibenarkan untuk melaksanakan solat
qasar dan jamak kerana bersama musafir tersebut adanya kesukaran.
2.
Musafir juga dibenarkan
untuk berbuka puasa dan menggantikannya pada hari yang lain.
3.
Keharusan meninggalkan
solat Jumaat bagi orang yang bermusafir dengan syarat yang tertentu.
4.
Seseorang yang sakit
diberi kelonggaran untuk solat secara duduk, jika tidak mampu boleh baring,
jika tidak boleh baring dibenarkan menggunakan isyarat mata, jika tidak mampu
gerakkan mata, maka boleh menggunakan hati.
5.
Seseorang yang dalam
keadaan darurat dan tidak mampu mendapatkan makanan yang halal atau
ketidakadaan makanan selain bangkai atau makanan yang haram maka ia boleh makan
makanan yang haram dengan sebab kelaparan dan tidak ada makanan lain selain itu.
5. RUMUSAN
Agama
Islam adalah agama yang mudah. Islam memudahkan perkara yang kita anggap
sebagai beban. Kaedah Fiqh yang keempat ini, kemudaratan mesti dihilangkan
membuktikan bahawa Islam membantu kita untuk melakukan sesuatu pekerjaan dengan
mudah. Islam menghalang kita melakukan sesuatu perkara yang mendatangkan
kemudaratan kepada diri sendiri, orang lain dan alam sekitar. Kita hendaklah
peka bahawa setiap apa yang ada dimuka bumi ini hanyalah pinjaman semata-mata
daripada Allah S.W.T. Kita sebagai peminjam hendaklah memastikan bahawa kita
menjaga apa yang kita pinjam daripada Allah S.W.T.
Rumusannya,
walaupun terdapat pelbagai kesukaran dan kesulitan yang berlaku dalam kehidupan
seharian manusia sama ada dalam menunaikan dan melaksanakan perintah Allah
S.W.T, maka tetap akan ditemui cara-cara yang sesuai dan bertepatan dengan
kaedah-kaedah dalam syariat islam.
Apabila
seseorang itu mengalami kesukaran dan kesulitan, dan ia melaksanakan syariat
seperti kaedah-kaedah yang dianjurkan oleh islam maka ia akan memberi
kelongaran dan kemudahan terhadap mereka. Seseorang itu tidak akan merasa
terbeban dengan permasalahan yang dihadapi malah dapat melakukan urusan dengan
mudah.
6. Rujukan
Buku/majalah/artikel
·
Buku
Rujukan Sains Teknologi Dan Kejuruteraan Dalam Islam (Khas untuk pelajar
Politeknik Malaysia)
Internet