Wednesday, March 11, 2020

KAEDAH FIQH : KESUKARAN MENJADI SEBAB KEPADA KEMUDAHAN DAN KERINGANAN


KAEDAH FIQH : KESUKARAN MENJADI SEBAB KEPADA KEMUDAHAN DAN KERINGANAN 



JABATAN

JABATAN PELANCONGAN DAN HOSPITALITI

NAMA&KOD KURSUS

MPU23072 PELANCONGAN DAN HOSPITALITI DALAM ISLAM

NAMA PENSYARAH

ENCIK THOHIR

TAJUK TUGASAN 

KESUKARAN MENJADI SEBAB KEPADA KEMUDAHAN DAN KERINGANAN 


SESI : DISEMBER 2020(DUP2A)

NAMA AHLI KUMPULAN 

NO
NAMA
NO MATRIK
1.
NURUL ZAIDATUL SHAHIRAH BINTI ZAID JAUHARI
18DUP19F1009
2.
NUR FATIN SAHIRA BINTI AFI ROSHIZAL
18DUP19F1010
3.
NUR IZWANA BINTI KAMAL AFENDY
18DUP19F1002
4.
NURULAIN BINTI KUSHAIRI
18DUP19F1016



PENGHARGAAN


Sekalung penghargaan buat kedua ibu bapa kami yang memberi semangat dan dorongan untuk menjayakan blog ini. Seterusnya, ucapan terima kasih juga saya hulurkan kepada ahli kumpulan saya atas kerjasama dan komitmen yang diberikan sepanjang menyiapkan blog ini. Akhir sekali, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan sekelas kerana sudi memberi tunjuk ajar dan dorongan serta berkongsi maklumat dan tidak lokek dalam menyalurkan pandangan dan maklumat yang sepanjang kami menyiapkan penulisan blog ini.



PENDAHULUAN

Kesukaran menjadi sebab kepada kemudahan dan keringanan bermaksud apabila berlaku sesuatu kesulitan dan kesukaran dalam melaksanakan kewajipan yang diperintahkan oleh Allah SWT, maka Islam memberi jalan keluar untuk mengatasi kesulitan yang dihadapi. Jalan keluar tersebut adalah dengan memberikan beberapa kelonggaran dalam melaksanakan kewajipan tertentu. Contohnya orang yang sakit dibenarkan untuk solat dalam keadaan duduk sekiranya tidak mampu dia boleh berbaring. Kesusahan ini juga menjelaskan kepada kita bahawa agama Islam itu membawa konsep kemudahan terhadap umatnya dan memberi keringanan bukan kesusahan dan kesempitan. Walaupun begitu, mestilah terlebih dahulu menentukan musyaqqah atau kesusahan yang menjadi sebab keringanan.





1. BAHASA

  •    Ensiklopedia Fiqh: Mengetahui sesuatu dan memahaminya dan mahir tentangnya. Kebiasaannya perkataan fiqh digunakan untuk ilmu-ilmu keagamaan kerana kemuliaan ilmu ini.

  •  Muhammad Mustafa Shalabi: Al-Quran menggunakan perkataan fiqh untuk memahami sesuatu perkara dengan mendalam.



2. MAKSUD KAEDAH 

  • Apabila berlaku sesuatu kesulitan dan kesukaran dalam melaksanakan kewajipan yang diperintahkan oleh Allah SWT , maka Islam memberi jalan keluar untuk mengatasi kesulitan yang dihadapi 
  • Jalan keluar tersebut adalah dengan memberikan beberapa kelonggaran dalam melaksanakan kewajipan tertentu . Contohnya orang yang sakit dibenarkan untuk solat dalam keadaan duduk sekiranya tidak mampu dia boleh berbaring .

Dalil dan sandaran
Sandaran daripada Al-Quran
Firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah :185

 يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمْ الْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمْ الْعُسْرَ 

Maksudnya : ( Dengan ketetapan yang demikian itu ) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran.


Firmannya lagi dalam surah yang sama ayat : 286



Maksudnya : Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehNya .
 Ayat-ayat di atas menjadi bukti bahawa Allah SWT sama sekali tidak akan mewajibkan sesuatu yang sukar untuk dilaksanakan oleh setiap hambaNya. Oleh itu jika berlaku kesukaran, Islam akan memberi jalan keluar bagi mengelakkan kesukaran tersebut.
·                     Sandaran daripada al-Sunnah
         Daripada 'Aisyah katanya: Sesuatu yang diberi kepada Rasulullah antara dua perkara kecuali ia memilihnya yang paling ringan selagi tidak mendatangkan dosa.


Dalam satu riwayat lain baginda bersabda yang bermaksud:

         "Sekiranya tidak mendatangkan kesukaran kepada umatku nescaya aku akan perintahkan mereka supaya bersiwak setiap kali ingin mendirikan sembahyang"


3. PERBINCANGAN KAEDAH


   3.1 SEBAB DIBERIKAN KERINGANAN:-

·                     Orang melakukan perjalanan melebihi dua marhalah walaupun dengan kaedah yang paling canggih diberikan keringanan seperti solat jamak dan qasar .
·                     Orang yang diuji dengan sakit dibenarkan untuk bertayamum, dibenarkan solat dalam keadaan duduk  dibolehkan berubat dengan najis pada pandangann sebahagian ulama mazhab Hanafi .
·                     Orang yang dipaksa melakukan sesuatu perbuatan tanpa kerelaanya tidak dianggap berdosa apabila dia melakukan perbuatan dipaksa tersebut seperti minum arak, melafazkan kalimah kufur (dengan syarat di hati beriman) , membunuh dan lain-lain.
·                     Orang yang terlupa melakukan sesuatu larangan dianggap tidak berdosa seperti makan, minum, melakukan hubungan suami isteri dalam keadaan terlupa pada siang hari bulan ramadhan .
·                     Jahil atau tidak mengetahui sesuatu hukum juga diberikan kemaafan seperti baru memeluk islam .
·                     Kesukaran yang terjadi secara menyeluruh seperti mengkebumikan jenazah yang ramai dalam sebuah kubur apabila ditimpa musibah tsunami dan gempa .
·                     Akal yang tidak sempurna kerana gila, kanak-kanak dan hamba .


 3.2 BENTUK KERINGANAN SYARAK
        
       3.2.1 Ulama telah membahagikan bentuk keringanan kepada beberapa bahagian :
·                     Keringanan dengan menggugurkan kewajipan seperti tidak wajib menunaikan solat jumaat kerana sakit dan tidak perlu qada' solat bagi perempuan yang didatangi haid dan nifas .
·                     Keringanan dengan meringkaskan ibadah seperti mengurangkan bilangan rakaat solat fardu daripada empat kepada dua ketika bermusafir .
·                     Keringanan dengan menggantikan cara bersuci seperti menggantikan wuduk dan mandi dengan tayamum .
·                     Keringanan dengan mendahulukan solat fardu sebelum waktunya seperti pensyariatan solat jamak ta'khir .
·                     Kelonggaran dalam perkara-perkara tertentu seperti diberi maaf najis yang tidak dapat dilihat .



4. APLIKASI KAEDAH

1.                 Seseorang yang melancong ke sesuatu tempat dengan niat yang baik dibenarkan untuk melaksanakan solat qasar dan jamak kerana bersama musafir tersebut adanya kesukaran.
2.                 Musafir juga dibenarkan untuk berbuka puasa dan menggantikannya pada hari yang lain.
3.                 Keharusan meninggalkan solat Jumaat bagi orang yang bermusafir dengan syarat yang tertentu.
4.                 Seseorang yang sakit diberi kelonggaran untuk solat secara duduk, jika tidak mampu boleh baring, jika tidak boleh baring dibenarkan menggunakan isyarat mata, jika tidak mampu gerakkan mata, maka boleh menggunakan hati.
5.                 Seseorang yang dalam keadaan darurat dan tidak mampu mendapatkan makanan yang halal atau ketidakadaan makanan selain bangkai atau makanan yang haram maka ia boleh makan makanan yang haram dengan sebab kelaparan dan tidak ada makanan lain selain itu.


5. RUMUSAN

Agama Islam adalah agama yang mudah. Islam memudahkan perkara yang kita anggap sebagai beban. Kaedah Fiqh yang keempat ini, kemudaratan mesti dihilangkan membuktikan bahawa Islam membantu kita untuk melakukan sesuatu pekerjaan dengan mudah. Islam menghalang kita melakukan sesuatu perkara yang mendatangkan kemudaratan kepada diri sendiri, orang lain dan alam sekitar. Kita hendaklah peka bahawa setiap apa yang ada dimuka bumi ini hanyalah pinjaman semata-mata daripada Allah S.W.T. Kita sebagai peminjam hendaklah memastikan bahawa kita menjaga apa yang kita pinjam daripada Allah S.W.T.
Rumusannya, walaupun terdapat pelbagai kesukaran dan kesulitan yang berlaku dalam kehidupan seharian manusia sama ada dalam menunaikan dan melaksanakan perintah Allah S.W.T, maka tetap akan ditemui cara-cara yang sesuai dan bertepatan dengan kaedah-kaedah dalam syariat islam.
Apabila seseorang itu mengalami kesukaran dan kesulitan, dan ia melaksanakan syariat seperti kaedah-kaedah yang dianjurkan oleh islam maka ia akan memberi kelongaran dan kemudahan terhadap mereka. Seseorang itu tidak akan merasa terbeban dengan permasalahan yang dihadapi malah dapat melakukan urusan dengan mudah.





6.     Rujukan
Buku/majalah/artikel

·        Buku Rujukan Sains Teknologi Dan Kejuruteraan Dalam Islam (Khas untuk pelajar Politeknik Malaysia)



Internet


No comments :

Post a Comment